Sampai sahaja di
rumah, Irdina terus meluru ke biliknya. Dia sudah memesan Bibik untuk tidak
masak apa-apa dan jangan mengganggunya.
Beg sekolah dicampak
sahaja di atas katil dan Irdina merebahkan dirinya di atas katil lalu
memejamkan mata. Namun di dalam kegelapan itu, wajah Cikgu Muqri yang tiba-tiba
menjelma. Wajah itu semakin menghampirinya dan Irdina dapat merasakan
jantungnya berdegup kencang.
"Ish, aku ni
dah kenapa? Tak tentu pasal muka Cikgu pon masok dalam otak aku
pulak,"katanya mendengus sendiri. Langsung Irdina berdiri dan menuju ke
meja belajar. Peperiksaan GCE O level adalah kurang dari 3 bulan dari sekarang.
Masih belum terlambat untuk buktikan segala apa yang Cikgu Muqri katakan tentang dia itu salah.
Hari demi hari
selepas Hayfa dengan yakin memberitahu Irdina bahawa Irdina sedang dilamun
cinta, semakin kerap wajah Cikgu Muqri menjelma setiap kali Irdina memejamkan
matanya. Sudah tentu Irdina memilih untuk tidak memberitahu Hayfa tentang ini,
dia tahu Hayfa pasti semakin yakin tentang 'theori' nya.
"Irdina, aku
cinta padamu," kedengaran seseorang membisikkan kata-kata itu ke
telinganya.
Dalam keadaan
setengah sedar Irdina menjawab," Yela, Cikgu."
"Kan aku
betul!"
Barulah Irdina sedar
bisikan itu adalah suara Hayfa. Irdina kembali duduk tegak seperti orang yang
baru bangun tidur dan mahu hilangkan bukti yang dia tidur.
"Hayfa!
Jahatlah kau ni!" teriak Irdina sambil menepuk bahu Hayfa dan membuatkan
Hayfa terbatuk. Hayfa ketawa hingga menampakkan gusi. Jarang sekali Irdina
melihat Hayfa ketawa sebegitu, jadi dia biarkan saja dan turut tertawa.
"Eh, aku baru
tahu yang Cikgu Muqri dah tunang rupanya!"
Tiba-tiba riak wajah
Irdina bertukar serius. Tiada lagi barisan gigi sebagai bukti yang dia sedang
tertawa tadi.
Irdina menoleh.
Kelihatan dua temannya sedang asyik
berbual. Irdina lantas menolak Hayfa ketepi dan meluru ke arah dua temannya
itu.
"Apa kau cakap,
Sufi?" soal Irdina serta-merta. Mereka terperanjat dengan kehadiran
Irdina.
"Kau kata tadi
Cikgu Muqri dah tunang?"
Sufi mengangguk dan
mengerutkan keningnya.
"Memang dah pon
Irdina. Semalam baru aku dapat tahu. Tak lama lagi Cikgu Muqri dah nak kahwin
lah tu. Confirm!" jawab Sufi dengan
penuh bangga seolah-olah maklumatnya itu menyelamatkan dunia.
"Tak
mungkinlah. Cikgu Muqri tu masih muda. Muda sangat," sampuk Hayfa yang
sudah terdengar perbualan mereka juga.
"Berapa umur
Cikgu Muqri eh? Ah, 22 tahun tau!" sambung Hayfa sambil membuat tanda 'V'
dua kali.
"Tak mustahil
pe. Cikgu Muqri tu dah lah kacak, kaya, baik dan pandai. Macam almost perfect
man lah dia," kata Sufi.
Sufi dan temannya
serta Hayfa sambung berbual tentang Cikgu Muqri. Tanpa mereka sedari Irdina
sekadar berdiri di situ mendengar perbualan mereka. Irdina keliru dan rasa
sedikit kecewa Cikgu Muqri sudah bertunang. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia
sedang mengalami perasaan itu. Barangkali kata-kata Hayfa ada benarnya. Mungkin
tanpa Irdina sedari, dia sebenarnya menaruh hati dengan Cikgu Muqri yang selalu
dia usik dan diusik. Cikgu Muqri yang tanpa Irdina sedari, membuatkan Irdina
semakin kerap belajar. Cikgu Muqri yang tidak pernah meninggikan suara dan
selalu bersopan santun walau berhadapan dengan orang lebih muda darinya seperti
Irdina.
"Irdina
sayangku, kau tak ada apa-apa ke? Diam aja aku tengok kau," kata Hayfa
sambil menepuk lembut bahu Irdina.
Irdina menggeleng
seakan baru bangun dari mimpi buruk. Dia menoleh ke arah Hayfa dan menyedari
Sufi dan temannya tidak lagi berada di sisi Hayfa.
"Mana Sufi tu
semua?" tanya Irdina.
"Dah jalan dah.
Mereka baru teringat ada kerja belum habis. Tu lah, gosip tak
habis-habis," jawab Hayfa selamba.
"Eh, aku baru
nak tanya siapa tunang Cikgu Muqri. Kau ni eh!" kata Irdina lalu terus
mengejar Sufi yang sudah hampir melangkah keluar dari kelas.
"Sufi,
tunggu!" teriak Irdina dan membuatkan langkah Sufi terhenti dan menoleh ke
Irdina. Melihat Sufi tercegat di situ, Irdina mempercepatkan langkahnya.
"Aku cuma nak
tanya, kau tau ke siapa tunang Cikgu Muqri?" tanya Irdina.
"Cikgu Nafisah
lah."
Nama itu membuatkan
jantung Irdina seperti mahu meletup. Dia benar-benar mengharap apa yang
didengarinya tadi itu salah dan nama itu tidak merujuk ke guru lama mereka.
"Cikgu Nafisah
yang ajar kita dulu?" tanya Irdina meminta pengesahan.
"Taklah. Cikgu
Nafisah yang dulu jual ikan selar besar dekat pasar Geylang!" usik Sufi.
Melihatkan Irdina langsung tidak ketawa, Sufi kembali terdiam. Mata Irdina masih tidak terkelap-kelip.
"Yes my dear friend. Cikgu Nornafisah Binte
Ahmad Qari. Our ex-teacher. Remember?"
No comments:
Post a Comment