No.8


Bahu Hayfa tiba-tiba menjadi mangsa pukulan Irdina.
"Merepek aje kau ni! Dia tu 5 tahun lagi tua dari kita. Mana mungkin aku boleh jatuh cinta dengan orang tua macam tu?"teriak Irdina yang dengan serta-merta menarik perhatian orang di sekelilingnya.

"Puan Sri dan Tan Sri jarak umur berapa?" tanya Hayfa, memberi rujukan kepada ibubapa Irdina.

"7 tahun,"jawab Irdina.

"Habis tu? It is possible right? Untuk jatuh cinta dengan lelaki lebih tua dari kau? Jangan egoistik lah Irdina."

Irdina menepis tangan Hayfa yang terletak di atas meja.

"Sudahlah tu Hayfa. Kau jangan nak merepek boleh? Aku rasa agaknya pasal aku tak sabar nak tengok Cikgu Muqri malu bila aku dapat Top 1 nanti!" kata Irdina dengan nada bangga dan masih mahu menafikan kata-kata Hayfa.

Hayfa merenung mata Irdina sedalam-dalamnya. Dia tahu dengan cara begini, kawan karibnya itu akan berhenti mengungkalnya. Baru tenung lima minit, makanan yang mereka pesan sudah pun disajikan di atas meja. Irdina menghirup supnya dengan penuh tekun tanpa mempedulikan Hayfa yang mash merenungnya.

"Irdina! Kau sedap je eh makan!" kata Hayfa, memecah kesunyian antara mereka berdua.

"Kau kata jantung kau macam nak tsunami, aku kata kau tengah dilamun cinta je, buat bodoh pulak eh,"sambung Hayfa.

Nuralyah Irdina masih tidak mempedulikan rakan karibnya itu. Dia sedang cuba memproses apa yang dikatan Hayfa sebentar tadi. Hatinya berkata mungkin betul apa yang dikatakan Hayfa, cuba fikirannya sahaja yang cuba menafikannya.

"Tak mungkinlah Hayfa. Aku ni masih muda. Agaknya cinta monyet aja."

"Irdina, orang sedang dilamun cinta monyet, takkan mengaku yang cinta dia tu cinta monyet. Dan orang yang pikir dua tiga kali cinta dia tu cinta monyet ke tak, cinta dia sebenarnya bukan cinta monyet," terang Hayfa yang diikuti dengan mulut Irdina yang terlopong.

"Amboi, kawan aku satu ni, macam profesor falsafah dalam bidang cinta eh! Macam faham ah kau ni!"

Mereka berdua tertawa. Selepas itu, topik cinta dengan serta-merta berubah ke sesuatu yang menjadi bahan perbualan paling menarik bagi Irdina, mengumpat tentang guru mereka. Hayfa dengan automatik tahu, apabila Irdina mula berbual tentang topik ini, Hayfa hanya perlu diam dan mengangguk sahaja. Penat Hayfa cuba menegur Irdina untuk berhenti mengumpat tentang hampir setiap guru mereka. Pernah sekali dia menegur Irdina secara tegas, Irdina merajuk buat seminggu dan tidak berbual ataupun berdiri dekat dengan Hayfa. Hanya apabila Hayfa terjatuh ketika sedang bermain handball barulah Irdina kelam-kabut menghampirinya dan menolongnya.

Kali ini, sudah tentu guru yang paling jelas akan menjadi bahan umpatan Irdina adalah Cikgu Muqri. Cikgu Muqri itulah, Cikgu Muqri inilah. Hayfa anggukkan sahaja. Dalam benak fikirannya, semakin banyak Irdina berbual tentang Cikgu Muqri, semakin Hayfa pasti yang Irdina benar-benar terjatuh cinta dengan Cikgu Muqri. Hayfa sengaja tidak mahu memaksanya untuk mengaku lagi. Hayfa mahu berdiam diri dan biarkan Irdina sendiri yang mengaku.

"Hayfa? Irdina?"

Tersentak sebentar apabila ada seseorang menegur mereka. Irdina yang duduk berhadapan dengan orang itu, kelihatan terkejut.

"Cikgu Muqri buat apa dekat sini?"tanya Irdina, membuatkan Hayfa juga menoleh.

"Adoi. Banyak-banyak tempat saya nak makan dengan tenang, tempat ni jugak boleh terserempak dengan budak bising yang angan-angan nak dapat Top 1 ni?" usik Cikgu Muqri Haziq. Kata-kata itu membuatkan Irdina menggerenyet matanya.

"Alahai Cikgu, tempat ni besar. Saya pun tak nak Cikgu duduk dekat dengan kami," jawab Irdina dengan selamba.

"Betul ke?" tanya Hayfa sambil tersenyum. Soalan Hayfa membuatkan Cikgu Muqri mengerutkan keningnya. Kelam-kabut Irdina cuba menutupi mulut Marissa Hayfa.

"Apa maksud kamu, Hayfa?"

Hayfa tidak menjawab. Sebaliknya dia duduk dan sambung makan. Irdina memberi Cikgu Muqri Haziq isyarat bahawa beliau tidak diingini disitu dengan melambaikan tangannya di hadapan muka Cikgu Muqri. Cikgu Muqri tersenyum dan selepas itu beredar untuk pergi ke tempat duduknya.

Selepas melihat Cikgu Muqri duduk, Hayfa menoleh ke arah Irdina dan berkata,"Sekarang jantung kau tengah tsunami eh?"

No comments: